PENGACARA dan penyanyi, Roslan Shah memaklumkan bakal muncul bersama rakan artis Ifa Raziah buat pertama kalinya di program televisyen (TV) Singapura, sekali gus menandakan kemunculan semula gandingan mereka selepas sekian lama.
Program yang akan bersiaran secara langsung pada Jumaat itu menjadi detik bermakna, lebih-lebih lagi kerana Ifa sudah lama tidak tampil dalam program televisyen di Singapura.
Kata Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan, 55, hubungan baik yang kembali terjalin antara mereka menjadi antara faktor yang membawa rezeki baharu dalam kerjaya seni masing-masing.

Roslan (kanan) teruja bergandingan bersama Ifa di program TV Singapura.






