KEPUTUSAN untuk mendirikan rumah tangga merupakan satu pilihan tepat buat pelakon Fadhli Masoot tatkala namanya kini semakin dikenali.
Kata Fadhli atau Mohd Fadhli Masoot, 28, dia enggan hanyut dalam godaan populariti termasuk gangguan peminat yang tidak boleh dijangka.
“Jauh di sudut hati, saya tidak mahu tersilap langkah. Dalam usia muda dan ketika tengah rancak, saya tidak mahu terlibat dengan perkara yang tidak elok. Niat saya masuk industri seni hanya untuk berlakon sahaja.
Fadhli tidak mahu terlalu hanyut dalam dunia populariti.