SELEPAS dikatakan sedang dalam fasa saling mengenali hati budi, pelakon Que Haidar tampil menjelaskan status sebenar hubungannya dengan aktres Nur Fazura yang tidak lebih daripada sahabat baik.
Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan tersebut ke fasa yang lebih serius kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya dan perniagaan.
Malah Que menambah, dia selesa berkawan dengan aktres itu memandangkan mereka sudah saling mengenali sejak awal penglibatan dalam industri seni.
Que berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

Que lebih selesa bersahabat dengan Fazura. 



