PELAKON Andy Teh mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut mengenai desas-desus yang mendakwa dirinya menjalin hubungan cinta bersama Chacha Maembong.
Andy, 41, menegaskan bahawa dia memilih untuk tidak mencampuradukkan urusan peribadi dengan kerjaya seni.
"Saya memilih untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi ketika ini dan mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya seni.







