BAKAL pengantin baharu, penyanyi Amira Othman menarik perhatian ramai apabila bacaannya di majlis khatam al-Quran yang berlangsung pada pagi Ahad mendapat pujian ramai.
Menerusi perkongsian video tular di TikTok [Tonton video], rata-rata netizen terkesima mendengar alunan merdu bacaan ayat suci al-Quran yang dilantunkan oleh penyanyi berkenaan.
“Masya-Allah sedap alunan suara Amira. Moga Amira sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.

Alunan bacaan al-Quran Amira mendapat pujian ramai.





