MENYANYI sambil memakai kostum sepanjang 10 minggu bersaing bukan perkara mudah buat juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4) iaitu Stacy.
Kata Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, dia juga terpaksa menanggung sakit badan dan migrain disebabkan kostum Bunga Matahari yang dipakai.
Malah cerita Stacy, dia pernah hampir pengsan ketika berada di atas pentas namun cuba menahan diri apatah lagi musim kali ini disiarkan secara langsung.