TINDAKAN seorang netizen menggelarkan Puteri Sarah Liyana dan Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’ mengundang rasa kurang senang pelakon itu.
Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, meluahkan rasa bengang apabila menerima banyak komen hinaan dan negatif di Instagram (IG) terutamanya daripada golongan lelaki.
“Bukan main kau komen hina aku dengan Bella. Dekat sini pengecut pula, sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen IG tu,” katanya.

Sarah disekat oleh lelaki tersebut di media sosial.






