PERKONGSIAN foto yang dimuat naik oleh pelakon Ben Amir menimbulkan tanda tanya ramai seolah-olah sudah selamat mendirikan rumah tangga.
Lengkap berbusana seperti pasangan pengantin, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 36, bagaimanapun hanya meletakkan kapsyen ringkas pada gambar dia bersama kekasihnya iaitu Liana Alara.
“Tunggu bot sekejap,” tulisnya pada hantaran dengan latar belakang berada di sebuah jeti.

Ben ketika menemani Liana melafazkan dua kalimah shahadah.




