PENYANYI Mila Jirin meluahkan rasa syukur apabila lagu terbaharunya bertajuk Cukup Sudah Cukup mula mendapat tempat di beberapa stesen radio utama di Indonesia seperti Gen FM dan Prambors FM biarpun lagu itu belum sempat dipromosikan di tanah air.
Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 39, menganggap perkara itu sebagai satu petanda positif dalam usahanya membina kembali momentum muzik di Malaysia selain mula memperkenalkan karyanya di pasaran seberang.
"Saya sangat bersyukur apabila dimaklumkan Cukup Sudah Cukup sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio di Indonesia.

Mila berimpian untuk melebarkan sayapnya ke Indonesia.






