DIKENALI kerana lagu dan muzik video (MV) menyelitkan unsur sindiran, vokalis Drama Band iaitu Aepul Roza memberitahu kumpulannya itu belum pernah menerima surat saman daripada mana-mana pihak.
Menurut Aepul atau Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 36, setiap karya yang dihasilkan itu dilakukan dengan teliti kerana keutamaan mereka adalah menyampaikan mesej sebagai pengajaran semata-mata.
“Surat saman tak pernah dapat lagi setakat ini, sebab cara kami bekerja sangat berhati-hati apabila berkata-kata.
Drama Band tak pernah terima surat saman.