MELETAKKAN anak-anak sebagai keutamaan, pelakon Mawar Rashid memberitahu soal mencari pasangan hidup baharu bukan menjadi fokus buat dirinya.
Selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, kata Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, kehidupannya juga kini lebih tertumpu kepada kerjaya dan perniagaan.
Dalam masa sama, dia hanya berserah kepada takdir apabila bercakap tentang hubungan baharu dan kembali mendirikan rumah tangga.

Perkongsian Mawar sebelum ini menimbulkan tanda tanya ramai.






