TUJUH tahun bergelar duda, pelakon Edaman Othman memberitahu dia belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Terbuka untuk mencari teman istimewa, Edaman atau Muhd Nooredaman Othman, 32, bagaimanapun menyerahakan segala urusan jodoh kepada ketentuan Tuhan.
Malah secara berseloroh dia akui telah melepaskan gelaran ‘Presiden Duda Malaya’ kepada aktor Sharnaaz Ahmad.

Edaman mahu memberi fokus kepada kerjaya seni.






