PENYANYI dan pelakon Bella Astillah tetap setia memberikan sokongan terhadap tunangnya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya ditangguhkan ke 13 Julai depan.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 32, berkata, dia akan sentiasa berada di sisi Syed Saddiq dan berharap tunangnya itu terus tabah menghadapi ujian.
"Semoga tabah… Insya-Allah saya akan sentiasa berada di belakangnya," katanya kepada mStar.

Keputusan rayuan akhir Syed Saddiq ditangguh 13 Julai ini.






