MOMEN penyanyi dan pelakon Bella Astillah menyampaikan trofi kepada aktres Sophia Albarakbah pada malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) mencuri perhatian ramai apabila gelagat kedua-dua selebriti itu dilihat penuh kekok dan janggal.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dilihat kurang selesa ketika mengumumkan pemenang kategori Selebriti Feminin Terhangat yang dimenangi oleh Sophia.
"Huh… yang ini saya kenal sangat… Sophia," kata Bella ringkas.

Bella dan Syed Saddiq menjadi penyampai anugerah kategori Selebriti Feminin Terhangat.



