PELAKON Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang bakal mengikat tali pertunangan pada petang Sabtu memohon doa orang ramai agar majlis bahagia mereka berjalan lancar.
Menerusi ucapan pada kad undangan, pasangan itu memberitahu majlis yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur pada jam 3 petang ini hanya dilakukan secara sederhana.

Syed Saddiq melamar Bella di Gunung Kinabalu.
"Majlis akan diadakan secara sederhana dalam suasana penuh kasih sayang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.






