PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tampil berkongsi nasihat mengenai kepentingan menjaga tutur kata walaupun hanya di alam maya.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berpendapat setiap kata-kata yang diluahkan seseorang mencerminkan keperibadian diri mereka.
"Kata-kata kita lebih banyak menggambarkan siapa diri kita daripada yang kita sedari.

Bella titip nasihat buat peminatnya.





