PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan gembira apabila tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram oleh Mahkamah Persekutuan pada Isnin.
Menurut Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, keputusan itu bukan sahaja memberi kelegaan kepada mereka sekeluarga, malah menguatkan keyakinannya Syed Saddiq sememangnya tidak bersalah.
“Mestilah saya sangat-sangat bahagia. Paling penting, rasa lega sebab saya tahu Saddiq seorang yang sangat-sangat baik.

Bella turut hadir ke mahkamah memberi sokongan kepada Syed Saddiq.






