GELAGAT bersahaja pelawak Bell Ngasri dan pelakon Fattah Amin mempromosikan sebuah produk menerusi siaran langung (live) di TikTok mencuri perhatian ramai.
Menerusi klip video yang tular, Bell, 44, dilihat bergurau dengan menyuruh Fattah menyanyi bagi memenuhi permintaan penonton live tersebut.
Dalam gurauan berkenaan, Bell sempat menasihati Fattah, 34, untuk menyanyi tanpa menggunakan mikrofon kerana bimbang dikecam netizen sekiranya nyanyian tidak merdu.
Telatah bersahaja Bell dan Fattah ketika sesi live di TikTok mencuri perhatian.