SEJAK mendirikan rumah tangga, penyanyi Nabila Razali banyak melakukan pengorbanan termasuk memperlahankan karier seni demi membolehkan dia menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, sebelum ini dia tidak banyak meluangkan masa bersama keluarga kerana sibuk dengan kerja namun perkara itu berubah selepas berkahwin.
“Bila sudah berkahwin ini sudah pasti banyak pengorbanan yang saya lakukan. Bukan selepas saya kahwin sahaja, sebelum ini juga banyak.
Nabila mengorbankan masa bekerja untuk memberi fokus kepada rumah tangga.