DUNIA hiburan dikejutkan dengan berita pemergian bekas Ketua Unit Hiburan Majalah, Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB), Noor Joha Ahmad yang meninggal dunia pada Rabu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 12.30 tengah hari di Hospital Ampang, Selangor akibat kompikasi pelbagai penyakit termasuklah kegagalan buah pinggang.
Berita kematian itu disahkan oleh Timbalan Presiden, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Niezam Abdullah.








