BEKAS suami kepada Britney Spears iaitu Sam Asghari tampil mempertahankan penyanyi itu selepas ditahan polis di California atas dakwaan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Menerusi hantaran di media sosial, Sam memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi melampau mengenai kes tersebut.
Kata Sam, laporan awal menunjukkan bacaan alkohol Britney tidak dianggap sebagai kesalahan serius kerana berada di bawah bacaan 0.05%.

Britney (kiri) dan Sam berpisah secara rasmi pada 2024.





