GARA-GARA anak dilihat jarang bersama bapanya, ada peminat mula mempersoalkan kepada Shila Amzah mengenai hubungannya dengan bekas suami iaitu Haris Idraki Elias.
Menjawab mengenai pertanyaan itu, Shila atau Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata dia kini lebih mengutamakan kegembiraan anaknya iaitu Seth Uwais dan tidak mahu perkara itu mengganggu kehidupan kanak-kanak berkenaan.
“Tak apalah yang penting sekarang Seth gembira, doakan yang baik-baik,” katanya.
Shila gembira lihat perubahan Seth.