GELAGAT bekas suami kepada pelakon Syida Melvin iaitu Syafiq Azim ketika melakukan siaran langsung di TikTok menarik perhatian ramai.
Menerusi rakaman yang dikongsikan semula netizen di Threads, Syafiq, 37, seakan-akan memberi bayangan masih menyimpan harapan untuk kembali bersama bekas isterinya itu.
Malah, dia turut merasakan masih mempunyai peluang untuk memperbaiki hubungan mereka jika Syida masih belum ada pasangan baharu.

Antara rakaman yang tular di media sosial.






