USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri pernah membuka ruang kepada bekas pembantu peribadinya iaitu Melati Abdul Ghani untuk berbincang bagi menyelesaikan isu fitnah sebelum meneruskan saman terhadapnya sebelum ini.
Aliff sebaliknya menyifatkan Melati, 47, seorang yang degil dan mempunyai ego tinggi apabila tidak menghargai peluang membuat permohonan maaf sehingga terpaksa membawa kes tersebut ke muka pengadilan.
“Saya sudah bagi peluang untuk berbincang. Saya sudah beri masa untuk buat permohonan maaf.