BEKAS pemain bes kumpulan Wings, Eddie, selamat kembali mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Juliha pada pagi Jumaat.
Bercakap ringkas kepada mStar, Eddie atau Samsaidi Ulong Idris, 58, meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan lancar.
“Alhamdulillah. Dah selamat bernikah,” ujarnya.

Majlis penikahan Eddie turut dihadiri teman rapat Black Wings (tengah).





