PELAKON Linda Hashim memberitahu suaminya, Beego sudah memohon maaf selepas tidak dapat hadir ke acara penting anaknya, Anggun Cassandra yang menyertai International Choir Festival.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata Beego sering menggunakan alasan kerja hingga tidak dapat menghadirkan diri ke pertandingan anak keduanya itu.
“Dia ada minta maaf kepada saya dan Anggun selepas itu. Dia kata ada kerja sebab itu tak dapat datang.

Linda kecewa Beego terlepas momen indah bersama anak.





