PENYANYI Radhi OAG meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya membebaskannya daripada tuduhan mencederakan bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiril pada April 2022.
Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 48, berkata, keputusan itu memberi nafas baharu buat dirinya selepas tiga tahun berdepan tekanan dan pandangan serong masyarakat.
"Saya anggap sebagai satu hikmah, Allah nak uji. Bayangkan pada awal kes saya digari sampai masuk lokap. Persepsi masyarakat terhadap saya masa itu, ramai fikir saya seorang kaki pukul perempuan.

Radhi dipandang serong masyarakat terutama wanita apabila dituduh memukul isteri.






