MENGUTAMAKAN pemilihan watak dalam lakonan, aktres Mimi Lana terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana produksi kerana percaya setiap syarikat penerbitan ada kelebihan tersendiri.
Bagi Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 30, kesungguhan pasukan produksi yang terlibat adalah penting dan disebabkan itu dia tidak hanya menerima tawaran dalam projek berskala besar.
"Sebenarnya, saya rasa semua pelakon sama sahaja. Kelebihan pelakon ialah apabila mereka suka bekerja dengan orang yang mempunyai semangat dan kesungguhan dalam kerja mereka. Itu yang menjadikan sesuatu produksi lebih mudah.

Mimi uatamakan jalan cerita sesebuah karya.






