PENGARAH muzik Datuk Ramli MS tidak berminat menceburkan diri dalam bidang lakonan biarpun ditawarkan dengan bayaran lumayan.
Ramli atau Ramli Mohd Salleh, 56, berkata, bidang itu bukan kepakarannya selain menyifatkan karakternya seorang yang telus dan tidak pandai berpura-pura di hadapan kamera.
“Never! Kalau ditawarkan sebanyak RM3 juta pun saya tidak akan berlakon! Saya memang banyak terima tawaran tetapi saya tolak, itu bukan ‘forte’ saya.






