PELAKON Shin Hyun Been mencuri perhatian apabila berdepan insiden memalukan iaitu tersadung ketika berjalan di karpet merah Anugerah Seni Baeksang ke-62 yang berlangsung di COEX, Seoul, Korea Selatan pada Jumaat.
Memetik laporan Allkpop, Hyun Been pada awalnya tampil anggun memukau dengan gaun panjang berwarna merah jambu, lengkap bersama padanan kasut tinggi sekali gus menjadi tumpuan lensa kamera.

Hyun Been masih mampu tersenyum walaupun tersadung di karpet merah.
Namun, suasana bertukar cemas apabila aktres berkenaan dilihat tersadung selepas terpijak hujung gaunnya sendiri ketika melangkah menyebabkan dia terjatuh di hadapan jurugambar dan tetamu yang hadir.





