SELEPAS dibenarkan keluar daripada hospital, pelakon Datuk Adi Putra meneruskan komitmen kerja dengan menyambung penggambaran drama lakonannya.
Berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan, Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 43, berharap urusan pekerjaannya itu dipermudahkan meskipun dia masih perlu menerima rawatan susulan.
“Assalamualaikum, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan media, ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan saya untuk cepat sembuh.

Adi sebelum ini memaklumkan dirawat di hospital.





