SEORANG pencipta kandungan dari Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Terry Pernell meluahkan rasa kagum terhadap anak sulung penyanyi Bella Astillah iaitu Mohamad Ayden Adrean ketika sama-sama mendaki ke Gunung Kinabalu, Sabah.
Menurut Terry, Ayden bukan sahaja memiliki sikap tenang dan berdisiplin, malah berjaya meninggalkannya di belakang sepanjang pendakian meskipun usianya baru menginjak sembilan tahun.
"Berpeluang bertemu seorang legenda sejati (Ayden) ketika mendaki Gunung Kinabalu.

Terry sifatkan Ayden sebagai seorang yang tenang dan disiplin.






