PELAKON dan pengarah Yana Samsudin tetap gigih menghadiri majlis konvokesyen di Univestiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) walaupun masih dalam tempoh berpantang hari ke-30 selepas melahirkan anak ketiga secara pembedahan.
Yana yang berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Korporat bertekad untuk hadir acara tersebut bagi menghargai segala usaha dan pengorbanan sepanjang pengajian.
"Saya berharap kehadiran ini akan menjadi kenangan manis bukan saja buat diri saya tetapi juga anak dan suami suatu hari nanti.

Yana mahu terus beri inspirasi kepada anak-anak. – Foto kredit UMPSA






