PELAWAK Amir Raja Lawak akhirnya mendedahkan faktor utama dia menuntut bayaran tertunggak dari sebuah stesen televisyen adalah untuk menanggung kos perubatan bapanya yang sedang sakit.
Kata Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 35, dia mahu bayaran penuh berjumlah RM18,000 dari pihak berkenaan sebagai usaha untuk rawatan bapanya yang menghidap kanser usus.
“Ini soal hidup dan mati bapa saya. Ini juga soal usaha dan ikhtiar kami sekeluarga buat abah.

Perkongsian Amir sebelum ini yang dimuat naik di Instagram miliknya.





