PELAKON Fatin Afeefa berkongsi berita duka pemergian bapa tercinta iaitu Shamsudin pada awal pagi Sabtu.
Khabar sedih itu dikongsikan sendiri oleh Fatin, 32, menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Menurut Fatin, dia dan adik perempuannya berada di sisi arwah sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Fatin kongsi khabar duka mengenai bapanya.

Fatin kongsi beberapa foto kenangan arwah bapa.



