PELAKON Abby Abadi sekali lagi menarik perhatian ramai apabila berkongsi beberapa tangkap layar komen netizen tentang perkahwinan anaknya iaitu Marissa Dania.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, tidak mengulas panjang berkenaan dengan isu tersebut sebaliknya memilih untuk membiarkan netizen berbicara.
“Rasanya banyak yang mahu diceritakan tapi cuma boleh cakap biarlah komen-komen ini mewakili,” tulisnya.

Perkongsian Abby yang dimuat naik di Instagram miliknya.






