Hiburan

Bajet 2026: RM140 juta untuk industri kreatif, peruntukan khas bagi kandungan kenegaraan dan anjuran konsert

INDUSTRI seni kreatif turut mendapat perhatian kerajaan sempena Belanjawan 2026 yang berlangsung pada Jumaat.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan secara keseluruhan sebanyak RN140 juta untuk pembangunan industri kreatif.

Dalam tekad sembilan yang memfokuskan pembinaan jati diri dan pembangunan nilai insani sebanyak RM110 juta disediakan sebagai insentif bagi memperkukuh ekosistem ekonomi jingga, khususnya untuk penerbit filem tempatan dan antarabangsa yang menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.

Kerajaan menyokong penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh