SELEPAS tular dakwaan Rozita Che Wan tidak membayar hutang seorang kontraktor, sahabatnya iaitu usahawan Anas Zahrin membantu menyelesaikan hutang pelakon berkenaan.
Kontraktor dikenali sebagai BaNi Rahman itu mendedahkan Anas membantu membayarkan hutang sebanyak RM7,000 itu.
Kata BaNi, dia tidak menyangka Anas mahu melunaskan hutang yang dibuat oleh Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 51, dan menyifatkan usahawan itu sebagai sahabat sejati.