JARANG muncul di skrin televisyen, pelakon Gambit Saifullah berkata dia meletakkan waktu untuk berehat selepas menyelesaikan sesuatu penggambaran drama.
Kata Gambit atau Mohd Saifullah Rosli, 39, ini kerana dia mempunyai kehidupan sendiri dan perlu mengambil masa rehat yang panjang sebelum menerima tawaran baharu.
“Kadang-kadang saya lihat juga rentak diri saya, kadang-kadang berlakon dua tahun kemudian cuti setahun. Berlakon setahun, bercuti pula sebulan.