LEBIH matang dalam berfikir, pelakon Fasha Sandha memberitahu dia kini selesa mengambil pendekatan untuk tidak terlalu melayan komen-komen negatif tentang dirinya di media sosial.
Bagi Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, pendekatan ‘never explain yourself’ adalah yang terbaik bagi mengelakkan sebarang salah faham berlarutan.
Biarpun begitu, pelakon ini menegaskan ada beberapa perkara yang dianggap sensitif apabila diperkatakan oleh segelintir pihak.

Fasha lebih selesa tidak membalas kecaman di media sosial.






