PENGARAH dan penerbit filem Killmaster, Julian Cheah mendedahkan karya terbaharunya itu melepasi saringan penuh Lembaga Penapis Filem (LPF) tanpa sebarang potongan walaupun menampilkan beberapa babak intim.
Julian yang turut membawakan watak utama berkata, filem yang bakal menemui penonton bermula hari ini diberi klasifikasi P16 iaitu hanya untuk tontonan penonton berusia 16 tahun ke atas.
"Killmaster diluluskan 100 peratus tanpa sebarang potongan. Walaupun ada adegan intim, pihak LPF sudah meneliti dan meluluskan sepenuhnya," katanya ketika ditemui pada tayangan perdana di TGV Suria KLCC, baru-baru ini.

Killmaster melepasi saringan penuh LPF tanpa sebarang potongan.






