INSIDEN tangan kiri tergesel pada bahagian tayar kereta ketika usia empat tahun membuatkan pelakon Hariz Hamdan mengalamai ketakutan melampau terhadap darah.
Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, berkata, kejadian tersebut turut meninggalkan parut sehingga membuatkan dia terkenang insiden tersebut setiap kali melihat tangannya.
“Dekat tangan kiri saya ini ada parut disebabkan kemalangan waktu kecil. Segar dalam ingatan saya darah memancut keluar ketika itu.

Tangan Hariz bergesel dengan tayar kereta ketika usia masih kecil.






