PENYANYI dan pelakon Azza Elite berdepan detik mencemaskan apabila mendakwa telah diintai seorang lelaki ketika berada di sebuah surau berdekatan lokasi perniagaannya pada Sabtu.
Azza atau nama sebenarnya Nik Azzarima Zawari, 49, berkata dia hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh seorang gadis yang turut berada di surau berkenaan.
“Ya, kejadian itu berlaku pada saya hari ini. Saya tak perasan pada awalnya sebab sedang bersolek. Ada anak dara yang beritahu saya.

Video rakaman yang dikongsikan Azza di Threads.




