PENGACARA Datuk Aznil Nawawi tidak menyangka pertemuan dengan Datuk S Atan ketika sambutan ulang tahun kelahirannya pada 6 November lalu merupakan kali terakhir mereka bersua muka.
Aznil, 62, berkata, ketika itu dia tidak tahu mengapa tergerak hati untuk bertemu dengan Allahyarham dan berita pemergiannya menjawab persoalan tersebut.
“Saya sangat terkesan kerana baru sahaja bertemu dengan S Atan pada hari lahir saya tempoh hari. Saya pun tidak tahu kenapa saya tergerak hati nak jumpa dia pada hari lahir saya.







