HASIL sumbangan orang ramai, pengacara Datuk Aznil Nawawi berjaya mengumpul wang berjumlah RM137,127.90 bagi membantu kos perubatan anak kepada aktres Amyza Aznan yang disahkan menghidap kanser tulang.
Berkongsi perkara tersebut, Aznil, 64, memberitahu jumlah berkenaan berjaya dikumpul selepas lebih 50 jam memulakan kutipan Bantuan Adrian Adam menerusi akaun peribadi miliknya.
“Selepas lebih 50 jam tabung kilat Adrian Adam, anak kepada Amyza Aznan yang diuji dengan kanser tulang, wang terkumpul setakat ini adalah RM137,127.90.

Aznil menunjukkan bukti hasil sumbangan orang ramai.





