PENYANYI Azmi Saat berkongsi khabar duka apabila anak perempuannya, Khalisa disahkan berada dalam spektrum autisme oleh pihak doktor.
Azmi atau Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, mendedahkan meskipun dia dan isteri sudah membuat persediaan mental untuk mendengar keputusan itu, namun tetap bersedih dengan berita tersebut.
Bagaimanapun Azmi menjelaskan tangisan tersebut bukan bermaksud tidak menerima takdir, sebaliknya memikirkan cabaran masa depan anak istimewa mereka.







