PELAWAK Azlee Senario menyifatkan pemergian pelakon veteran Jalil Hamid sebagai satu kehilangan besar buat industri seni tanah air.
Menurut Azlee atau Muhammad Azlee Jaafar, 58, Allahyarham merupakan individu penting dalam pembentukan awal kumpulan Senario sekitar awal tahun 2000.
"Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar untuk industri hiburan yang tiada galang gantinya.

Jalil banyak membantu kumpulan Senario.






