MASALAH jantung tersumbat menjadi punca pelawak dan anggota kumpulan Senario iaitu Azlee dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada malam Rabu.
Isterinya iaitu Aslinda Ayob memberitahu, pada awalnya dia membawa Azlee ke klinik berhampiran rumah mereka susulan pelawak itu mengadu sakit dada.
Bagaimanapun doktor meminta dia membawa Azlee terus ke hospital selepas mendapati keadaannya kritikal sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.







