SUSULAN video tular seorang warga emas dihalau ketika sedang beriktikaf di surau, pelakon Azhan Rani berharap agar insiden tersebut dijadikan teladan dan pengajaran buat masyarakat.
Azhan atau Azhan Abdul Rani, 49, berkata, dia terkejut melihat situasi yang berlaku dan mendoakan kesejahteraan buat lelaki yang dipercayai bapa kepada bekas peserta Pencetus Ummah (PU) musim ketiga, Azhar Hilmi.
“Hari ini (Sabtu) saya tonton satu video pakcik yang sedang beriktikaf dalam sebuah surau dihalau keluar sambil direkod dengan telefon kemudian di muat naik di media sosial.







