PELAKON Azar Azmi dilihat tidak dapat menahan air mata apabila kembali semula ke lokasi penggambaran selepas lebih tujuh tahun tidak berlakon.
Malah Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 37, mengakui gementar memulakan aksi di hadapan kamera bagi watak Fauziah dalam drama Bulan Henti Bicara.
“Saya gementar, takut. Saya sedih,” ucapnya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram Bambam Studios.

Azar akui gementar sebelum kembali berlakon.






